Total Pageviews

Wednesday, May 22, 2013

For Sale: Putter Odyssey White Ice 1

For Sale: Putter Odyssey White Ice 1


Brand: Odyssey
Model: White Ice 1
Type: Heel-Shafted
Hand: Right-Handed
Length: 34"
Lie Angle: Standard
Shaft Type: Steel
Headcover: Available
Condition: 9.9/10
Price: RM300 only (nego)









Thursday, May 16, 2013

Pertukaran URL

Untuk makluman semua, bermula 17/5/2013, URL blogspot ini akan ditukarkan dari http://meormuhamad.blogspot.com ke http://amecek.blogspot.com

Harap maklum.

Terima kasih

New TAYLORMADE Cart Golf Bag For Sale!

Good news for golfers!

New TAYLORMADE cart golf bag for sale.
Color: black + white + red. (refer photo. its on the right)
Very new.
Bought on 7/4/2013.
So consider NEW as didn't use at all.
Original from pro shop.
CONFIRM ORIGINAL.
Nice material.

Original price: RM690.
Previous selling price was RM600 only.
NOW SELLING PRICE ONLY FOR RM550!

Must let go as soon as possible.
Email me asap: meormuhamad@gmail.com


 

 


Saturday, May 11, 2013

PRU13 - Suasana di P98 dan N18

PRU13 sudah melabuhkan tirainya. Semua sudah maklum, BN telah mempunyai cukup kerusi parlimen untuk menyambung mandat menjadi kerajaan Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang. Selain itu, BN juga dah berjaya merampas Kedah dari penguasaan PR. Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih lagi dalam pemerintahan PR sebagai kerajaan negeri. Selebihnya, berada dalam pengusaan BN.

Banyak keputusan yang sudah diduga dan mengejutkan dalam tempoh pilihanraya kali ini. Antara yang diduga ialah seperti kemenangan Datuk Seri Najib Tun Razak (majoriti undi 35613, peningkatan sebanyak 9149 undi dari 2008), Datuk Seri Anwar Ibrahim (majoriti undi 11721, turun dari 15671 undi pada 2008), YB Lim Guan Eng (majoriti 34159 undi, peningkatan sebanyak 12089 undi dari 2008) dan ramai lagi anchor dari parti masing masing. Selain itu, ada juga berita yang mengejutkan diterima seperti kekalahan Datuk Mohd Ali Rustam kepada Shamsul Iskandar dari PKR dengan majoriti 5447 undi,kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah menewaskan bekas menteri besar Johor, Datuk Seri A. Ghani Othman dengan majoriti 14762 undi, kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai dengan menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti undi yang tipis iaitu 1847 undi. Semua sedia maklum bahawa ini adalah antara kawasan yang sengit dalam PRU13 kali ini. Selain itu, di Pandan juga menampakkan penguasaan Rafizi Ramli dari PKR yang menewaskan calon utama iaitu Lim Chin Yee dari MCA/BN dengan majoriti 26729 undi. Rafizi merupakan new comer dalam PRU kali ini dan popularity beliau dalam pendedahan yang dibuatnya sebelum pilihanraya mungkin membantu bagi mendapatkan kepercayaan dari pengundi di situ.

Saya mengundi untuk Dun Hulu Kelang dan Parlimen Gombak. Proses undi dijalankan di sekolah agama berdekatan Masjid Al Ansar. Suasana di sana meriah dengan kehadiran penyokong BN dan PR. Kereta yang dihiaskan dengan bendera parti masing-masing, berserta gaya dan ragam penyokong kedua parti, membuatkan suasana sedikit meriah dan menghiburkan. Terdapat sedikit kekecohan kecil pada awal pagi tapi ia cepat dikawal. Selain dari itu, kehadiran anak muda bermotor dengan gaya serta ragam mereka adakalanya memecah suasana dek bunyi motor masing masing.

Akhirnya kawasan itu dimenangi oleh Azmin Ali (PKR) yang mengalahkan Raman Ismail (BN) dengan majoriti 4734 undi untuk Parlimen Gombak. Manakala DUN Hulu Kelang dimenangi oleh Saari Sungib dari PAS yang mengalahkan Abdul Rahim Pandak Kamaruddin dari BN dengan 2881 undi. Masih ingat lagi di kawasan ini, kotak undi dibawa keluar sekitar jam 11 malam sebelum dibawa ke Sg Pusu, Gombak bagi tujuan menjumlahan undi.