Total Pageviews

Sunday, January 5, 2014

Malam 31/12/2013 - Dari Lensa Natural

31/12/2013 - Hari terakhir dalam kalender yang mengumpulkan ribuan individu dengan niat dan keinginan yang sama. Mereka ini ingin dan mengharapkan agar harga barangan diturunkan. Desakan yang diberikan kepada pihak kerajaan Malaysia dalam suasana aman, festival mode, dan pelbagai slogan telah dapat dilihat pada malam itu. Saya bukan nak ulas mengenai perhimpunan ini tetapi, hanya mahu berkongsi gambar saja. Bahagian ulasan itu, terserah bulat bulat pada budi bicara dan tahap pemikiran anda. Yang nyatanya, saya lihat tiada keganasan, tiada bom, tiada parang. Kononnya akan ada dua perhimpunan (TURUN dan yang mahu guling kerajaan) pun tiada berlaku. Banyak laporan media terhadap perhimpunan aman ini dapat dibaca antaranya melalui link yang diberikan sebagai contoh dibawah:

http://globalvoicesonline.org/2014/01/01/malaysias-new-year-protest-against-price-hikes/
http://news.malaysia.msn.com/tmi/students-vow-to-go-ahead-with-anti-price-hikes-protest-despite-police-warnings
http://www.thesundaily.my/news/917308
http://news.malaysia.msn.com/tmi/on-new-year%e2%80%99s-eve-thousands-march-to-protest-price-hikes-but-putrajaya-still-in-bn%e2%80%99s-hands-3
http://my.entertainment.yahoo.com/news/clad-black-thousands-flock-dataran-merdeka-protest-price-143200002.html

Saya telah mengambil peluang untuk merakamkan gambar kenangan bagi perhimpunan desakan TURUN harga barang ini kerana sebelum ini tiada event sebegini di malam hari kecuali pada perhimpunan Blackout 505 di Kelana Jaya tahun lepas. Tapi perhimpunan itu diadakan didalam stadium. Sah lampu dan cahayanya terang benderang. Beza kali ini ialah perhimpunan malam ini saya kurang mendapat bantuan cahaya. So, awal2 saya mohon maaf jika hasil gambar kurang memuaskan. Memang sengaja saya membuat dalam bentuk pelbagai touch up untuk hasil yang berbeza, Ada yang terang, ada yang macam faded. Harap pembaca tidak kecewa dengan hasil gambar saya. Maklumlah, lately ni memang addicted to Black and White dan Streetphotography. Please enjoy these photos as another angle untuk anda yang tidak hadir ke perhimpunan itu. Saya panggil ia sebagai gambar dari sudut natural.

Antara kenangan menarik yang tidak saya rakamkan ialah:
  • pertama kali saya rasa tiada sambutan percikan bunga api pada malam tahun baru. Saya sendiri tidak pasti kenapa tiada bunga api pada malam itu. Memang teringin juga nak rakam gambar bunga api. Tunggu punya tunggu, mercun bunga api tak timbul timbul.
  • ada segelintir peniaga air yang menjual pada harga yang tinggi. Contohnya air tin RM3 dan air mineral botol RM2. Berbeza dengan majoriti peniaga yang menjual air pada harga RM1 bagi air mineral. Ini menyebabkan ramai yang tak beli dari peniaga itu. Ada juga yang memperli peniaga tu "ni event TURUN, tapi harga air mineral mahal pulak".
  • Rata rata peniaga disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman telah menutup kedai mereka lebih awal. Tinjauan saya selepas jam 8 malam kebanyakan kedai dah tutup. Peliknya, para peniaga warga asing pula yang berpusu pusu buka 'kedai' mereka di sekitar tepi jalan. Ramai juga peniaga tempatan bermusim yang mencari pendapatan tambahan pada malam itu dengan menjual pelbagai cenderahati seperti topeng, air-hond, aksesori rambut, baju dan lain lain.
  • pihak POLIS pada malam itu lebih bersifat terbuka berbanding ketika perhimpunan BERSIH 2.0 atau 3.0 terdahulu. Bezanya kali ini, mereka tidak menggunakan FRU seramai mungkin. Tetapi hanya polis beruniform biru biasa. Walaupun begitu, jumlah anggota polis ini masih ramai. Saya respect mereka sebab bertindak professional begitu sebab ternyata tiada kekecohan atau keganasan yang akan berlaku. Mungkin atas pertimbangan itu, FRU tidak ditugaskan pada malam itu. Sebab saya memang tak nampak FRU pun.
  • di Sogo, ada kumpulan yang berkumpul disitu sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Disitu, mereka mendengar ucapan, menyanyi, mendengar persembahan lagu dan chanting tertentu. Suasana bertambah meriah apabila jumlah yang hadir makin ramai dan melimpah ke jalanraya. Peliknya, polis traffik di simpang empat Sogo pada malam itu masih memberi laluan pada kenderaan yang mahu lalu Jalan Tuanku Abdul Rahman ke arah Dataran Merdeka. Pada saya, jalan itu dah boleh ditutup sementara waktu bagi mengelakkan kenderaan tersekat akibat perhimpunan kali ini. Ramai yang berkumpul di Sogo pada malam itu bersorak gembira setiap kali kenderaan yang lalu memberikan hon sokongan pada mereka.  
  • ada sekumpulan pemuda yang sangat baik hati bertindak mengumpulkan sampah selonggok selonggok bagi memudahkan pihak DBKL membersihkannya. Ia adalah perkara yang sama saya lihat pada Bersih 3.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu. Sama ada memang ditugaskan untuk membersih atau ia atas kapasiti peribadi, saya memang beri tabik hormat pada group ini. Hasilnya? Memang dapat dilihat padang Dataran Merdeka agak bersih lepas perhimpunan itu. Yang ada ialah longgokan sampah yang telah dikumpul dan memudahkan pekerja DBKL mengumpul dan membersihkannya.
  • disebabkan tiada bunga api, individu yang hadir pada malam itu telah menggunakan handphone mereka untuk mendapatkan lautan cahaya. Agak malang sebab saya tidak berada di kawasan yang tinggi untuk merakamkan suasana pada masa itu.
  • first time ada orang nak bergambar dengan saya dan minta tunjukkan baju saya yang mempunyai nama blog ini. Saya memang terkesima dengan permintaan dia. Lantas berikan juga pose walaupun masa tu tengah blur pun ada ;p (*mode perasan!)

So, harap all readers akan enjoy dengan koleksi gambar kali ini. Memang saya sengaja nak buat dalam bentuk black and white. Itu passion saya buat ketika ini.



























































 
 

2 comments: