Total Pageviews

Thursday, July 11, 2013

2013/2014 BPL Team New Kit (Home and Away)

Season bolasepak sudah mula meriah dan tak lama lagi akan start untuk season 2013/2014. Nama top players yang sudah menantangani komtrak untuk kelab baru, sudah ramai yang tahu. Apa yang menjadi tarikan selain daripada kemasukan player dan jurulatih baru, ramai juga yang mengalihkan perhatian kepada jersi-jersi baru yang akan digunakan oleh pasukan kegemaran masing-masing. Jersi ini penting juga sebab ia akan menggalakkan jualan (sales) kepada sesebuah kelab. Tapi itu mungkin teori yang boleh digunapakai di tempat selain England. Di England, walau macamanapun jersi pasukan itu, mereka akan pakai bagi menandakan sokongan padu mereka pada kelab kesayangan mereka.

Berikut merupakan antara jersi home, away dan third kit yang akan digunakan oleh kelab kelab di BPL untuk season 2013/2014. Sumber yang terhad buat sementara ini sebab tak semua team reveal semua home, away dan third kit masing masing.

Dalam banyak jersi yang bakal digunakan untuk season akan datang, secara peribadi, jersi away Liverpool adalah jersi yang mempunyai design paling buruk. Jersi away Swansea juga tidak kurang buruknya. Bagi standard penaja jersi mereka, rasanya boleh berikan design yang lebih menarik dari yang ini. Untuk zaman sekarang, dah tak banyak design jersi yang macam kain pelekat Indonesia ini. Tak macam dulu, jersi away Arsenal warna kuning tahun 2006 dan jersi away MU warna biru putih sekitar 20 tahun lepas. Jersi home Manchester City dan away Chelsea adalah yang paling menarik. Simple dan tidak banyak corak. Bak kata orang, nak pakai pun tak segan. Jersi bola elok dikekalkan simple.

So, dah buat keputusan nak beli jersi yang mana? Pastinya jersi kelab kesayangan yang akan dibeli. Tak kira samada cantik atau tidak, smart atau buruk, sokongan pada kelab masing masing tu yang menjadi pendorong untuk buat keputusan beli jersi atau tidak. Tambahan pula ada player baru masuk kelab, terus beli jersi baru dan siap ada tampal nama dan nombor jersi pemain baru tersebut.





Arsenal Home

Aston Villa Away

Aston Villa Home

Crystal Palace Home

Crystal Palace Home and Away
  
Chelsea Home

 
Chelsea Away


Chelsea Third Kit





Everton Home

Fulham Home

Hull City Away

Liverpool Home

Liverpool Away

Liverpool Third Kit

Manchester United Home

Manchester City Home

Norwich City Home

Southampton Home


Southampton Away

Tottenham Hotspurs Home

Tottenham Hotspurs Away


Stoke City Home


Sunderland Away


Sunderland Home



Swansea Home



Swansea Away

West Brom Albion Away


West Ham Home



Next posting, akan cuba dapatkan jersi bagi kelab-kelab terkemuka dunia yang lain. So, get update with this blog untuk dapatkan banyak lagi stories. What's hot, what's new?! We shall wait for it.

Sumber:

http://www.footyheadlines.com/2013/01/201314-leaked-shirts-overview.html?header

http://www.footballkitnews.com/category/english-premier-league/

http://www.soccerjerseytown.com/english-premier-league.html

Sunday, July 7, 2013

Babies and Kids - 07/07/2013

Sabtu lepas, pakcik telah menjemput saya sekeluarga untuk jamuan makan. Jamuan makan sempena birthday cucu dia dan juga sempena meraikan kehadiran bulan Ramadhan. Ahli keluarga terdekat sekitar Lembah Klang telah menghadirkan diri ke majlis ini. Saya mendapat idea untuk merakamkan gambar kanak kanak kecil yang sememangnya akan memeriahkan majlis itu. Mereka inilah yang menjadi tumpuan utama dalam majlis kali ini. Dari umur semuda 8 bulan, hinggalah berumur 7 tahun ada di majlis itu. Kesemuanya adalah ahli keluarga saya samada jauh dan dekat.
 
Di majlis ini, dapat juga saya beberapa tips fotografi dari pakcik dan seorang sedara jauh. Dia memang mahir dan dalam kategori pro. Dia biasa dapat job untuk fotografi. Paling best ialah dia datang sendiri menegur dan memberi tips untuk hasilkan gambar yang menarik. Boleh rujuk gambar paling akhir dalam post ni. Itulah foto yang dia rakam dengan selamba dan tanpa banyak adjustment pada kamera. Memang smart.
 
Harap semua pembaca dapat enjoy gambar gambar ini. Ini adalah percubaan sebelum menawarkan diri untuk merakam gambar anak anak orag lain. Cabarannya memang tinggi. Sebab anak anak kecil ini tak duduk diam, suruh senyum dia tak senyum, suruh senyum dia menangis pulak. Kena la tunggu dia cool down balik dan dapatkan mood baru.
 
Secara keseluruhan, ia adalah amat bermakna bagi saya kerana dapat pengalaman mengambil foto anak anak kecil. Pengalaman ini akan membantu saya dalam meningkatkan lagi hasil gambar kepada yang lebih baik. Setiap gambar adalah hak milik saya dan plagiat adalah tidak dibenarkan. Sila hubungi saya jika ingin menggunakan gambar ini bagi sebarang tujuan.
 
 
























 
 
 
 


  





  


 
Foto dibawah inilah yang dihasilkan oleh photographer pro yang saya jumpa semalam. Simple, nice angle dan moment menarik.