Total Pageviews

Thursday, October 1, 2009

Perodua MPV Baru

Pernah dengar juga sebelum ini yang Perodua akan menghasilkan MPV pertamanya dan kedua bagi kategori MPV Nasional. Bermacam macam spekulasi dan cakap cakap kedai kopi berbunyi mengenai Perodua MPV ini. Ada yang kata memang tak jadi, ada yang kata mana mungkin Perodua boleh buat, ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah sama seperti Toyota Avanza. Paling menyedihkan ada yang berkata yang MPV ini memerlukan 2 enjin; satu di depan dan satu di belakang untuk ada power dalam pemanduan. Aduhai..

Tidak lama selepas itu, banyak maklumat diterima yang MPV Perodua ini akan mempunyai asas yang sama dengan model keluaran Toyota Sette. Toyota Sette ini bermaksud 7 (Sette) dalam bahasa Italy atau lebih mudahnya ia adalah kenderaan untuk 7 penumpang. Besar juga tu. Satu langkah ke hadapan dalam mempelbagaikan lagi model kenderaan keluaran Perodua setelah sekian lama Perodua Myvi menguasai jualan kenderaan di Malaysia sejak 3 tahun lepas. Pada 6 bulan pertama tahun ini sahaja, Perodua telah menjual sebanyak 77,000 modelnya dan menjangkankan untuk memperolehi jumlah yang lebih baik baik 6 bulan seterusnya.

Akhirnya, setelah banyak cerita yang disampaikan maka sedikit sebanyak tersebarlah gambar mengenai MPV Perodua. Memang tidak dinafikan 'wajah' MPV Perodua ini saling tak tumpah seperti Toyota Sette. Macam dalam gambar dibawah ni. Kiri merupakan Toyota Sette manakala kanan pula dikatakan Perodua MPV. Sama tak?











So, sekarang dah ramai mula memperkatakan mengenainya. Maklumat yang diberi ialah, code D46T yang mana memang ia berasakan Toyota Sette. Pelbagai cerita mengatakan ia bakal berada di pasaran bulan Oktober la, bulan Oktober hanya untuk booking la, akan dikelluarkan pada penghujung tahun la dan macam macam lagi. Amacam?! Cun ke? Berminat?


Walau apa pun ceritanya, tahun 2009 ini merupakan tahun MPV bagi dua pengeluar kenderaan nasional ini. Lihatlah sebahagian gambar diatas yang di perolehi dari sumber sumber yang boleh dipercayai.

Memang dari dulu pun aku hanya minat pakai kereta Perodua je.. (",)

No comments:

Post a Comment