Total Pageviews

Sunday, October 4, 2009

Petronas Hot Cars, Cool Cash!

Sekali lagi Petronas Hot Cars, Cool Cash kembali. Membara aku tengok iklan ni. Sebab dari dulu memang aku pulun isi minyak nak dapatkan hadiah ni. Bagi aku, ini bukan satu perjudian. Sebab memang kita memerlukan minyak/petrol untuk membolehkan kereta dipandu mengikut arah tuju. Ia satu keperluan. Maknanya, aku tidak melaburkan atau bertaruhkan duit aku untuk dapatkan hadiah tu. kalau tak dapat hadiah, tujuan asal untuk kegunaan petrol itu tetap aku perolehi. Maka tiada unsur perjudian. Tapi boleh rujuk pada ustaz atau pakar agama dalam menentukan hukum hakam ini. Ini pandangan peribadi aku saja. Mungkin betul, mungkin tidak. Tapi, harap harap betul. Boleh refer: www.zahiruddin.net/content/vie/509/98/
Berbalik pasal iklan ni. Teringat masa mula mula dibuat Craze. Memang teruja aku bila tengok kereta idaman aku ada dalam tu. Subaru Impreza!! Memang menarik da boom betul! Pastu ada plak BMW 3 Series. Ditambah lagi dengan Mitsubishi Evo 9. Huh.. time ni dah berangan dah. Tak tengok dah kat Mini Cooper, Honda Civic dengan Audi tu. Target tinggi ni. So, hari hari aku dok fikir camne nak buat untuk dapatkan hadiah hadiah ni. At least la, dapat paling kecik cam Mini Cooper pun dah cukup berbaloi. Kemudian bila hadia pertama diberikan, kalau tak silap aku ialah kereta Mini Cooper. Ada sorang Cina menang. Aku tak kisah lagi. Tapi bila dia announced Subaru Impreza tu dimenangi oleh seorang mamat dari Kelantan tu, terus down giler mood aku. Memang berharap sangat. Nak beli sendiri, tak tau bila mampu. Aduh.. Sedih sungguh. Aku terus berdoa tiap kali solat. Tak pernah missed sekali pun. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk aku. Takde sebijik pun kereta yang ditawarkan tu, ada nama aku sebagai pemenangnya. Takde rezeki. Cuba lagi la kalau ada pertandingan baru.
Then, datang pulak pertandingan baru namanya Hot Cars, Cool Cash. Kali ni, kereta yang ditawarkan pun menarik. BMW 3 Series dengan Honda Civic. As my dream car, BMW tu menjadi target aku. Bukan setakat tu je, siap target BMW 3 Series warna hitam! Memang start dari pertandingan ni, aku selalu budget minyak. Maksud aku, hanya isi mengikut minima amaun kelayakan je. Kalau tak silap aku RM20 saja. Aku jarang isi pernuh sebab nak dapatkan peluang lebih penyertaan bagi kali ini. Setiap kali isi minyak, aku mesti jeling kat gambar BMW 3 Series tu. Senyum sorang diri dan mula la start berangan. Harapan tinggal harapan. Untuk kali ini pun, aku takde peluang lagi untuk bergelar pemenang bagi BMW 3 Series hitam yang diidamkan tu. Bukan setakat kereta tu je, hadiah yang lain pun tak melekat dengan nama aku. Sedih lagi. there goes my chance to win the Hot Car.. Duit hadiah pun tak dapat, yang dapat minyak petrol je. Tapi takpe la. Coz memang kita perlu minyak petrol ni untuk kereta membawa kita mengikut destinasi yang dipilih. Bapak kawan aku pun frust coz dia jugak berharap dapat menang hadiah BMW tu.

Sehinggalah untuk kali ini, Petronas membuat pula Hot Cars, Cool Cash 2! Promosi ini datang lagi. Tapi kali ni aku dah macam tak beberapa meletak harapan. Bukannya aku merajuk tapi sebab dah try dua kali dulu, aku tak menang jugak, so aku macam biarkanlah. Jika ada rezeki, insyaallah tak ke mana. Tapi doa, tetap tak putus. Usaha tangga kejayaan. Kali ni kereta yang ditawarkan pun agak menarik dan terkini. Honda Civic, Mazda 3 dan Alfa Romeo 159. Menarik jugak bila tengok Mazda 3 warna putih tu. Macam senyum je bahagian grill depan tu. Tapi kali ni, Honda Civic warna hitam tu mula menggoda aku. Maklumlah, BMW dan Subaru Impreza takde kali ni. Honda Civic pun menarik jugak! Tengok kat poster tu, cam dijeling jeling je kereta tu kat aku. Cam kasi signal je.. Haha.. Aku dah mula berangan ni. Memang teringin sangat sangat dah ni. Tak dapat Honda, Mazda pun ok. Tak dapat Mazda, Alfa Romeo pun aku sudi. Asalkan Petronas petik nama aku, rezeki tak ke mana punya. Insyaallah..

Kali ni aku masuk pertandingan ni dengan penuh taktikal. Aku dah gunakan Kad Mesra sendiri punya. Maksud aku, aku register atas nama aku sendiri. Dulu, aku gunakan kad mesra wife aku. Lepas tu, aku selalu isi minyak kereta ni. Maklumlah, sekarang ni aku pandu Kelisa (SLK = Satu Liter Kelisa) dan memang tangki minyak tak besar sangat. Memang selalu aku isi minyak. Kerja pun jauh dari rumah. Tinggal di Bangi, kerja di Wangsa Maju. Memang laju la minyak aku jalan. Tiap kali aku isi minyak, mesti di petrol station yang berasingan. Lepas tu, aku akan lebih pastikan staf Petronas di kaunter tu akan gesek Kad Mesra aku elok elok coz kadang kadang tengok dia gesek cam nak tak nak je. Mana kita nak tau samada nama kita dah tersenarai atau tidak? Lepas tu, di kaunter tu tak pula tulis approved lepas Kad Mesra tu digesek.

Walau apapun aku tetap berdoa agar pintu rezeki aku lebih terbuka luas untuk kali ini. Mana tau ada rezeki. DIA sudah tentukan rezekinya untuk kita. Yang penting, kita berusaha. Dah pelbagai taktik aku guna. Kalau tak menang juga, tak tau taktik apa nak guna untuk next promotion.

Any tips?

No comments:

Post a Comment