Total Pageviews

Thursday, February 23, 2012

Kelmarin ATUR. Semalam handphone. Hari ni smartphone. Esok?

Telefon bimbit pertama yang aku tengok live is telefon ATUR. Ada sekali bapak aku bawak balik rumah. ATUR bermaksud Automatic Telephone Using Radio. The cool part is Malaysia ni sebenarnya negara pertama dalam Southeast Asia to introduce a cellular mobile network dalam tahun 1985.

Korang pun tau camana rupanya telepon ATUR masa tu. Punya la besar, dah macam briefcase. Masa tu yang biasa pakai ialah businessman. Gempak la kiranya diorang bawak telepon ni masa tu dengan saiz bateri yang besar, tambah lak lagi dengan antena yang terkeluar panjang.

Pastu mula lah pengembangan telefon bimbit ni. Pelbagai brand tumbuh time tu cam cendawan. Motorola, Nokia, Siemens dan Ericsson. Bila ada banyak brand, it starts to be competitive. Saiz pun dah kecik, function pun bertambah. Masa ni dah start ada ringtone, games dan music player.

Teringat dulu masa zaman di ITM Dungun. Orang yang mula mula sekali bawak handphone yang aku kenal ialah roommate aku. Kita panggil dia Acai. Nama sebenar tak yah tau la. Kaget semua bila tengok dia bawak handphone brand SONY. Kehebatan handphone SONY masa tu ialah boleh scroll namelist. Tak semua orang leh tau nombor phone dia. Yang terpilih je. Cam aku boleh la. Maklumlah, roommate la katakan. Kira jakun gak la masa tu. Siap semua pernah berkumpul kat bilik sebab nak bercerita pasal phone tu. Masa tu coverage takde sangat. So handphone dia kena gantung kat tingkap untuk dapat coverage. Kalau ubah tempat, susah la nak cari coverage balik.

Ada satu kisah, time tengah lepak kat bilik, handphone SONY Acai berbunyi! Kelam kabut kitorang jerit panggil dia. Mesti penting tu, if not takde la orang nak call. Menjerit jerit semua panggil nama Acai. Sekali mamat ni cool je keluar dari bilik air sambil kepala penuh syampoo terus dia jawab phone. Hehehe.. Sampai camtu sekali la.

Tapi itu dulu. Sekarang dah gempak sangat dah. Sekarang ni generasi smartphone. Blackberry dan iPhone memang otai la. Ramai yang guna antara dua brand ni. Dari budak sekolah, sampai la ke orang tua. Pengaruhnya kuat. Mau nyer tak? Smartphone ni membantu macam macam perkara! Boleh permudah komunikasi, buat kerja ofis, editing video, play pelbagai games, gambar secerah alam, dan macam macam function. Surf internet pun dah boleh. Tambah plak sekarang ni ada Samsung join in the main market share. Latest Samsung Galaxy Note baru masuk pasaran. Saiz tak besar, tak kecik. Just nice to bring along ke mana mana pun.

Tapi cuba bayangkan telepon jenis apa pula untuk 5 or 10 tahun akan datang? Dengan pengembangan teknologi yang makin cepat setiap hari, sebenarnya tak perlu tunggu esok. Hari ni kita dah ada pelbagai latest technology phone. Internet anytime, anywhere, memang banyak membantu permudahkan urusan kerja. Function dan application lain memang mengisi masa lapang. If tak layan lagu, dia akan main games. Game plak bukannya yang cikai punya game macam game Snake Nokia dulu tu.

Soalannya, apa function lagi yang akan ada dan sesuai dimasukkan ke dalam telefon telefon ni?

No comments:

Post a Comment