Total Pageviews

Sunday, February 12, 2012

Lamanya tak menulis blog. Facebook kan ada?

Rasa dah lama sangat tak menulis blog ni. Ingat dulu masa memula nak berblog, nak explore apa yang best pasal blog ni. Tapi since kenal Facebook, tak la plak explore blog ni seriously. Sejak aktif dengan Facebook, langsung blog dilupakan. Maybe sebab FB ni lebih mudah nak share something, issues, feeling, good news, stories, link and macam macam lagi. Tak lupa juga lepaskan geram dan rasa marah kat FB tu. Then, nak upload gambar pun senang. Nak letak link pun tak susah. Apatah lagi semua benda ada button SHARE, perkara menjadi lebih mudah.

Satu lagi kat FB ni macam macam hal lain boleh buat. Promosi business, share pendapat, share nasihat and paling glamor sekarang untuk politik. Maklumlah, GE13 katanya dah dekat. Bila ya? Tahun ni? Entah la. Tunggu je.

Satu lagi kat FB ni kita lebih senang nak share video clip from youtube or other channels. Bersepah video ada. Yang berkaitan sukan, jokes, dan peristiwa. Paling banyak ialah video clip. Me myself pun suka letak video clip. Especially yang lama lama dulu. Sesekali tengok, memang rasa best la.

Lagi satu yang biasa orang buat ialah letak gambar masing masing. Dulu ada orang kata, FB ni untuk letak gambar seseorang gi melancong luar negara. Itu dulu kot, sekarang ni entah semua benda gambar diorang upload and share kat FB. Sampaikan gambar apa yang diorang nak makan pun nak letak kat FB. Kalau yang something menu lain dari biasa, ok gak. Leh kita pun tau nama masakan tu. Ni mee goreng pun upload jugak. Nasi lemak pun upload jugak. Nasib baik hasil makanan tu diorang tak upload sama. Huwek..!!

Tapi, yang bosan ialah yang dok hantar applications n games request. Aaargh..! Kekadang tu banyak betul la. Tak minat nak main pelbagai games kat FB. Memula kenal FB dulu boleh la layan. Tapi ni dah berkurun dah. Tak yah la. Main sendiri dah la. Tak yah send request applications and games kat orang lain. Enjoy your game!

Ok, let see apa yang kawan kawan update kat FB kejap. What's in your mind?

Gi update status kejap.

1 comment:

  1. prefer luahkan pasaan kat blog...facebook ramai sgt hatters.....yang nak tgk kejatuhan org lain

    ReplyDelete