Total Pageviews

Thursday, February 23, 2012

Kelmarin ATUR. Semalam handphone. Hari ni smartphone. Esok?

Telefon bimbit pertama yang aku tengok live is telefon ATUR. Ada sekali bapak aku bawak balik rumah. ATUR bermaksud Automatic Telephone Using Radio. The cool part is Malaysia ni sebenarnya negara pertama dalam Southeast Asia to introduce a cellular mobile network dalam tahun 1985.

Korang pun tau camana rupanya telepon ATUR masa tu. Punya la besar, dah macam briefcase. Masa tu yang biasa pakai ialah businessman. Gempak la kiranya diorang bawak telepon ni masa tu dengan saiz bateri yang besar, tambah lak lagi dengan antena yang terkeluar panjang.

Pastu mula lah pengembangan telefon bimbit ni. Pelbagai brand tumbuh time tu cam cendawan. Motorola, Nokia, Siemens dan Ericsson. Bila ada banyak brand, it starts to be competitive. Saiz pun dah kecik, function pun bertambah. Masa ni dah start ada ringtone, games dan music player.

Teringat dulu masa zaman di ITM Dungun. Orang yang mula mula sekali bawak handphone yang aku kenal ialah roommate aku. Kita panggil dia Acai. Nama sebenar tak yah tau la. Kaget semua bila tengok dia bawak handphone brand SONY. Kehebatan handphone SONY masa tu ialah boleh scroll namelist. Tak semua orang leh tau nombor phone dia. Yang terpilih je. Cam aku boleh la. Maklumlah, roommate la katakan. Kira jakun gak la masa tu. Siap semua pernah berkumpul kat bilik sebab nak bercerita pasal phone tu. Masa tu coverage takde sangat. So handphone dia kena gantung kat tingkap untuk dapat coverage. Kalau ubah tempat, susah la nak cari coverage balik.

Ada satu kisah, time tengah lepak kat bilik, handphone SONY Acai berbunyi! Kelam kabut kitorang jerit panggil dia. Mesti penting tu, if not takde la orang nak call. Menjerit jerit semua panggil nama Acai. Sekali mamat ni cool je keluar dari bilik air sambil kepala penuh syampoo terus dia jawab phone. Hehehe.. Sampai camtu sekali la.

Tapi itu dulu. Sekarang dah gempak sangat dah. Sekarang ni generasi smartphone. Blackberry dan iPhone memang otai la. Ramai yang guna antara dua brand ni. Dari budak sekolah, sampai la ke orang tua. Pengaruhnya kuat. Mau nyer tak? Smartphone ni membantu macam macam perkara! Boleh permudah komunikasi, buat kerja ofis, editing video, play pelbagai games, gambar secerah alam, dan macam macam function. Surf internet pun dah boleh. Tambah plak sekarang ni ada Samsung join in the main market share. Latest Samsung Galaxy Note baru masuk pasaran. Saiz tak besar, tak kecik. Just nice to bring along ke mana mana pun.

Tapi cuba bayangkan telepon jenis apa pula untuk 5 or 10 tahun akan datang? Dengan pengembangan teknologi yang makin cepat setiap hari, sebenarnya tak perlu tunggu esok. Hari ni kita dah ada pelbagai latest technology phone. Internet anytime, anywhere, memang banyak membantu permudahkan urusan kerja. Function dan application lain memang mengisi masa lapang. If tak layan lagu, dia akan main games. Game plak bukannya yang cikai punya game macam game Snake Nokia dulu tu.

Soalannya, apa function lagi yang akan ada dan sesuai dimasukkan ke dalam telefon telefon ni?

Saturday, February 18, 2012

Golf?

*Golf* is a precision club and ball sport, in which competing players (or golfers) use many types of clubs to hit balls into a series of holes on a golf course using the fewest number of strokes.It is one of the few ball games that does not require a standardized playing area.Instead, the game is played on golf "courses", each of which features a unique design, although courses typically consist of either nine or 18 holes. Golf is defined, in the rules of golf as "playing a ball with a club from the teeing ground into the hole by a stroke or successive strokes in accordance with the Rules."Golf competition is generally played for the lowest number of strokes by an individual, known simply as stroke play, or the lowest score on the most individual holes during a complete round by an individual or team, known asmatch play.

Itulah maksud golf dalam wikipedia. Nasib baik ada wikipedia. Senang dapat info yang diperlukan dengan cepat. Pernah main golf? Penulis pun baru je berjinak main golf. Belum pun pro lagi. Handicap pun takde lagi. Syok main golf ni. Tak caya cuba try!Kat Malaysia ni, permainan golf dipandang sesetengah orang sebagai permainan orang kaya dan juga golongan elit saja. Sebut saja main golf, jawapan bagi yang tak main ialah tak minat, game orang kaya, mahal, sukan untuk Golong Orang Lemah Fikiran dan macam macam. Walhal diorang tak minat je. Yang lain tu alasan cover line saja.

Saya sendiri pun minat golf sekarang. Walaupun dulu memang langsung tak minat. Kalau ada siaran gol kat tv dulu, cepat je tukar channel lain. Punyalah tak minat. Tapi itu dulu. Sekarang tak lagi. Weekend sekarang sebelum subuh dah siap dengan golf attire sebab nak tee off pukul 7.30am. Suasana kat club tu meriah sebab memasing berebut rebut nak jalan dulu. Yang syok tengok otai otai golf ni. Diorang memang bergaya. Mana tak nyer, dengan baju warna kuning, seluar warna hijau, kasut warna merah, spek mata berkilat, golf beg besar jenama mahal, memang meriah. Masing masing ada style tersendiri. Main? Itu it is you against the par. Scorecard result tengok di penghujung permainan setelah selesai 18 lubang.

Pernah pergi tengok Maybank Malaysian Open 2011 kat KLGCC last year. Clubhouse situ memang class max! Cantik sungguh. Tengok driving range situ pun lain dari yang lain. Tak sama macam driving range yang biasa ni. Warna warni dengan height yang berbeza. Memang menarik. Padangnya pulak, tak dapat nak describe detail. Punyalah cantik! Tenang je tengok kehijauan padang golf ni. Before tournament start, ada banyak fair and jualan. Games pun ada. Paling syok main simulation games. Rasa cam betul je. Tengok distance bola tu roll, rasa cam tak sabar nak turun padang. Then setiap games tu ada hadiahnya tersendiri. Paling seronok ialah collect freegifts! Nama pun free, collect banyak tu! Pastu bagi la kat kawan kawan. Simpan banyak banyak pun tak guna juga.

This year saya dah register nak jadi volunteer untuk Maybank Malaysian Open 2012. Nak cari pengalaman. Last year tengok best je diorang jadi volunteer, this year will be my turn. Kerja 4 hari in April nanti. Kena ambil cuti la ni. Nanti saya share pengalaman jadi volunteer kat tournament tu.

Going to driving range in 10 minutes!

Friday, February 17, 2012

Tweet from @StupidFootball. Kelakar!!

Pernah baca tweet dari @StupidFootball? Ia berkaitan sindiran dan gurauan dalam bolasepak. Mostly ianya berkaitan BPL. Antara kelab kelab yang selalu jadi ’bahan’ ialah Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Lately Manchester City pun kena ’bahan’ jugak. At the same time, individu yang selalu kena ’bahan’ ialah Fernando Torres, Andy Carroll, Andreas Villas Boas, Alex Ferguson dan Kenny Dalglish. Howard Webb si pengadil tu pun tak terlepas dari kena ‘bahan’ jugak.

Sindiran ni, biasanya akan memberi effect to those yang tahu insiden, kontroversi, keputusan atau apa apa yang berlaku dalam bolasepak. Kalau kita faham, memang menarik. Boleh tergelak sendiri. Bawah ni ada beberapa tweet dari @StupidFootball untuk tatapan korang. Enjoy your reading.

* Harry Redknapp must be delighted with Louis Saha. He managed to do in 19 minutes what Torres hasn’t done in 19 games, score two goals.

* Carlos Tevez says Roberto Mancini treated him like a dog. I’ve never heard of a dog that refused to chase a football around before.

* Kenny Dalglish has apologised for his comments to the media yesterday. Liverpool fans are waiting for an apology for signing Downing.

* Gary Neville says Howard Webb is definitely the best around. He’s hardly going to slag off a former team-mate is he?

* Aston Villa are going to go defensive against Man City. They’re starting Emile Heskey.

* Thierry Henry, achieving in one month what Fernando Torres has failed to do for over a year.

* Breaking News: Ryan Giggs has sensationally demanded a move to Liverpool after hearing there was a pussy on the pitch.

* After seeing their cat run around the players at Anfield last night, it’s owners have put up a reward.Man City have bid 60mil pound.

* Reports that Chelsea fans trashed Howard Webb’s car after yesterday’s game are false. Everybody knows he travels on the Manchester United team bus.

* David De Gea was almost hit on the head by a Torres’ shot once. Lucky for him he was standing in the goal.

* Lionel Messi is special because he can make something out of nothing. Emile Heskey is unique because he can make nothing out of something.

* Football matches in HD were obviously not planned with Joleon Lescott in mind.

* Roberto Mancini has left Carlos Tevez out of his squad. That’s odd, usually it’s Tevez who leaves himself out of the squad.

* What do the England captaincy and Wayne Bridge’ ex-girlfriend have in common? John Terry’s had them both stripped.

* Kenny Dalglish has rubbished rumours that Andy Carroll will shown the door this month: “We showed him it last month and he missed it.”

Get more funny tweet at @StupidFootball!

Thursday, February 16, 2012

CCRIS sudah, sekarang CTOS pulak.



Sebelum ni dah cerita pasal CCRIS, now nak share pasal CTOS. CTOS ni ialah sebuah syarikat sendirian berhad. Nama penuhnya ialah CTOS Sdn Bhd. CTOS ni akan mendapatkan dan mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik diorang.

Maklumat maklumat bankrupsi tu biasanya mengandungi details towards individuals or companies dimana saman telah telah dikeluarkan, nombor pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), nombor kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah. Macam macam perkara ada.

Satu lagi feveret dengan cerita CTOS ni ialah masalah orang yang jadi guarantor a.k.a penjamin. Memang selalu jugak jadi kes kes yang sangkut camni. Tak kira la sebab apa pun, tapi selalu yang aku temui adalah sebab menjamin loan/financing kereta. Banyak gak kes tak bayar ni. Pastu masalah guarantor ni ialah hubungan keluarga. Camne nak buat kalau adik beradik, pakcik makcik, sepupu sedara yang mintak kita jadi guarantor? Susah nak tolak kan? Dilema sungguh jadinya.

Korang kena ingat gak yang CTOS ni juga ada rekod bagi kes kes tak bayar hutang seperti dengan Singer, kedai motor, linguaphone (betul ke ejaan ni) dan lain lain. Tak beberapa ingat kes kes apa lagi yang masuk dalam kolum Trade Reference ni.

Pastu, bagi business owner, detail ada jugak berkaitan dengan nama syarikat, bila ditubuhkan, jumalh share, % share, position and other basic details regarding the company. Kekadang tu bagi orang yang banyak company, bila print je CTOS tu, berjela jela kertas tu. Penah tengok seorang individu tu ada lebih dari 50 syarikat! Tak kisah la dia ahli kongsi lelap or not. Just bayangkan if setiap syarikat bayar dia elaun RM1000 sebulan? Tak ke jadi RM50000 sebulan income dia? Wow! Kayo jadinya..

Ok la. Cukup sini je. Simple je kisah CTOS ni. Kalau korang nak dapatkan laporan tu, bolehlah ke:

CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my

Kalau nak details lagi. Can contact me. If nak tanya pasal financing pun boleh. Personal ada, financing rumah pun ada. Bagi yang nak mempunyai masa depan yang cerah, start menabung dengan investment linked takaful product. Coverage pun dapat. Memang special coz ianya yang pertama seumpamanya. Dalam post lain, akan diceritakan pasal ni.




* Artikel di atas ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis sahaja. Ia tiada kaitan dengan mana mana institusi kewangan yang ada di Malaysia.

Wednesday, February 15, 2012

Bolasepak. Apa di atas? Apa di atas?

· Carlos Tevez akan kembali ke Manchester City? Reaksi players lain?

· Suarez kata dia patut bersalam dengan Evra. Sesal dah tak berguna.

· Roman Abramovich buat visit ke training ground Chelsea. AVB panik?

· Bolehkah Tottenham Hotspurs mencabar kedua dua team Manchester?

· Ada sesiapa yang boleh menghalang Christiano Ronalda dari terus menjaringkan gol?

· Jose Mourinho kembali ke BPL - spekulasi atau kenyataan?

· Zambia juara Piala Afrika. Ivory Coast kekal seperti Arsenal - ramai star player, takde piala.

· Standard Chartered kecewa dengan insiden Suarez tidak bersalaman dengan Evra

· Alex Ferguson berkata, Barcelona tetap unstoppable walaupun Real Madrid masih mengungguli Primera La Liga

· Anfield Cat masih lagi tidak ditemui

Monday, February 13, 2012

Betul ke semua bank proses guna cara yang sama?

Pernah apply personal financing? Pada pendapat public, diorang tengok bank ni semuanya sama je. Kalau apply financing kat bank ni approved, belum tentu apply financing bank sana approve juga. Tapi sebenarnya tidak. Setiap bank ni ada cara diorang tersendiri. Memang tak sama.

Sebelum nak luluskan sesuatu financing tu, bank akan evaluate status kredit pemohon tu. Camana prosesnya? It depends on the bank punya previous experience dan camana bank tu sanggup nak ambil risk. Iya lah.. Setiap pembiayaan tu ada risikonya. Nanti kalau customer tak bayar, camana? Rugi la.. Time nak tengok status kredit customer tu, bank akan tengok sejarah kredit dan pembayaran balik (ni CCRIS namanya), pendapatan boleh guna, and other info. Ambil contoh, pembiayaan peribadi basically tak perlukan penjamin. Automatik risiko yang bank tanggung tu tinggi. So, kalau bank minta guarantor tu, terpaksa la cari sebagai jaminan tambahan untuk customer yang apply tu. Tapi jarang jarang juga la sekarang ni bank nak minta penjamin untuk personal financing.

Ni nak cerita plak pasal CCRIS. Biasa dengar? Nama penuh CCRIS ialah Central Credit Reference Information System. Ni sistem bank negara. Kadang kadang kita selalu dengar orang cakap; "Aku tak boleh apply loan/financing. Sebab aku ada CCRIS". Ni biasanya alasan orang yang tak beberapa nak tau pasal CCRIS, tapi pretend macam CCRIS tu dia yang cipta. CCRIS ni tempat rujukan bagi setiap loan/pembiayaan, kredit kad, OD dan anything yang berkaitan hutang dengan bank. Bila seseorang tu apply loan/financing, confirm detail dia akan masuk CCRIS. Dalam CCRIS tu akan tunjuk rekod pembayaran dia dalam tempoh setahun. If bayar prompt, cantik la rekod. If not, naik la pelbagai nombor jumlah berapa kali tunggakan yang ada. Korang yang ada loan/financing, boleh dapatkan laporan record kat BNMLINK. Untuk maklumat lanjut tentang CCRIS ni, leh view: http://creditbureau.bnm.gov.my. Nanti kita bercerita pasal CTOS pulak.

Kalau ada apa apa soalan, kasitau la. Nanti tengok apa apa yang boleh ditolong. Nak apply financing pun ada. Personal financing dan house financing. Contact me.


**Artikel ini hanya berdasarkan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana mana institusi perbankan yang ada di Malaysia.

Sunday, February 12, 2012

Lamanya tak menulis blog. Facebook kan ada?

Rasa dah lama sangat tak menulis blog ni. Ingat dulu masa memula nak berblog, nak explore apa yang best pasal blog ni. Tapi since kenal Facebook, tak la plak explore blog ni seriously. Sejak aktif dengan Facebook, langsung blog dilupakan. Maybe sebab FB ni lebih mudah nak share something, issues, feeling, good news, stories, link and macam macam lagi. Tak lupa juga lepaskan geram dan rasa marah kat FB tu. Then, nak upload gambar pun senang. Nak letak link pun tak susah. Apatah lagi semua benda ada button SHARE, perkara menjadi lebih mudah.

Satu lagi kat FB ni macam macam hal lain boleh buat. Promosi business, share pendapat, share nasihat and paling glamor sekarang untuk politik. Maklumlah, GE13 katanya dah dekat. Bila ya? Tahun ni? Entah la. Tunggu je.

Satu lagi kat FB ni kita lebih senang nak share video clip from youtube or other channels. Bersepah video ada. Yang berkaitan sukan, jokes, dan peristiwa. Paling banyak ialah video clip. Me myself pun suka letak video clip. Especially yang lama lama dulu. Sesekali tengok, memang rasa best la.

Lagi satu yang biasa orang buat ialah letak gambar masing masing. Dulu ada orang kata, FB ni untuk letak gambar seseorang gi melancong luar negara. Itu dulu kot, sekarang ni entah semua benda gambar diorang upload and share kat FB. Sampaikan gambar apa yang diorang nak makan pun nak letak kat FB. Kalau yang something menu lain dari biasa, ok gak. Leh kita pun tau nama masakan tu. Ni mee goreng pun upload jugak. Nasi lemak pun upload jugak. Nasib baik hasil makanan tu diorang tak upload sama. Huwek..!!

Tapi, yang bosan ialah yang dok hantar applications n games request. Aaargh..! Kekadang tu banyak betul la. Tak minat nak main pelbagai games kat FB. Memula kenal FB dulu boleh la layan. Tapi ni dah berkurun dah. Tak yah la. Main sendiri dah la. Tak yah send request applications and games kat orang lain. Enjoy your game!

Ok, let see apa yang kawan kawan update kat FB kejap. What's in your mind?

Gi update status kejap.