Total Pageviews

Monday, February 13, 2012

Betul ke semua bank proses guna cara yang sama?

Pernah apply personal financing? Pada pendapat public, diorang tengok bank ni semuanya sama je. Kalau apply financing kat bank ni approved, belum tentu apply financing bank sana approve juga. Tapi sebenarnya tidak. Setiap bank ni ada cara diorang tersendiri. Memang tak sama.

Sebelum nak luluskan sesuatu financing tu, bank akan evaluate status kredit pemohon tu. Camana prosesnya? It depends on the bank punya previous experience dan camana bank tu sanggup nak ambil risk. Iya lah.. Setiap pembiayaan tu ada risikonya. Nanti kalau customer tak bayar, camana? Rugi la.. Time nak tengok status kredit customer tu, bank akan tengok sejarah kredit dan pembayaran balik (ni CCRIS namanya), pendapatan boleh guna, and other info. Ambil contoh, pembiayaan peribadi basically tak perlukan penjamin. Automatik risiko yang bank tanggung tu tinggi. So, kalau bank minta guarantor tu, terpaksa la cari sebagai jaminan tambahan untuk customer yang apply tu. Tapi jarang jarang juga la sekarang ni bank nak minta penjamin untuk personal financing.

Ni nak cerita plak pasal CCRIS. Biasa dengar? Nama penuh CCRIS ialah Central Credit Reference Information System. Ni sistem bank negara. Kadang kadang kita selalu dengar orang cakap; "Aku tak boleh apply loan/financing. Sebab aku ada CCRIS". Ni biasanya alasan orang yang tak beberapa nak tau pasal CCRIS, tapi pretend macam CCRIS tu dia yang cipta. CCRIS ni tempat rujukan bagi setiap loan/pembiayaan, kredit kad, OD dan anything yang berkaitan hutang dengan bank. Bila seseorang tu apply loan/financing, confirm detail dia akan masuk CCRIS. Dalam CCRIS tu akan tunjuk rekod pembayaran dia dalam tempoh setahun. If bayar prompt, cantik la rekod. If not, naik la pelbagai nombor jumlah berapa kali tunggakan yang ada. Korang yang ada loan/financing, boleh dapatkan laporan record kat BNMLINK. Untuk maklumat lanjut tentang CCRIS ni, leh view: http://creditbureau.bnm.gov.my. Nanti kita bercerita pasal CTOS pulak.

Kalau ada apa apa soalan, kasitau la. Nanti tengok apa apa yang boleh ditolong. Nak apply financing pun ada. Personal financing dan house financing. Contact me.


**Artikel ini hanya berdasarkan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana mana institusi perbankan yang ada di Malaysia.

4 comments:

  1. terbaekk bro, sharing experiences. good job!

    ReplyDelete
  2. bank mana paling murah nak wat personal loan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata murah directly, susah nak cakap. Coz it is based on the customer itself. Ada yg berdasarkan income, kelayakan, potongan gaji dan other few criteria. Then bergantung kpd tempoh pembiayaan yg customer tu nak.

      Delete