Total Pageviews

Friday, May 10, 2013

#BLACKOUT 505 - UBAH Album




8hb May 2013, tercatat satu lagi sejarah dalam Malaysia berkaitan politik tanahair apabila satu perhimpunan telah diadakan dengan tujuan membantah apa yang dikatakan penipuan dan kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas. Apa yang menarik dalam perhimpunan kali ini ialah jumlah mereka yang hadir menjadi antara perbualan dikalangan masyarakat keesokan harinya. Menurut todayonline.com,jumlah itu mencecah sehingga 100,000 orang (1). Malaysiakini pula melaporkan jumlah kehadiran meningkat kepada 120,000 orang (2). Berlainan pula dengan The Malaysian Insider yang hanya melaporkan jumlah kehadiran sekadar 50,000 orang sahaja (3). Seronok juga membaca laporan dan dengar apa yang public cakap pasal jumlah kehadiran ini. Bagi mereka yang hadir, pastinya rasa bersemangat dan menceritakan jumlah kehadiran yang besar. Memang ramai pun orang yang hadir malam itu. Bahagian tempat duduk penuh sesak. Tiada ruang kosong. Di padang pula, penuh dengan lautan manusia. Tak kira lagi jumlah mereka yang tidak dapat masuk ke dalam stadium dan berkumpul mengelilingi kawasan stadium.

Stadium Kelana Jaya mempunyai kapasiti sebanyak 25,000 orang (4). Tak dapat macamana nak dapatkan info bagi kiraan jumlah orang yang duduk di kawasan padang serta sekitarnya. Mengambil kira yang diluar lagi, dianggarkan jumlah itu memanglah sangat besar. Tambahan pula perhimpunan ini diadakan pada hari Rabu yang mana ia adalah hari dipertengahan minggu. Bayangkan kalau ia diadakan pada hari minggu. Adakah mungkin jumlah kehadiran akan jadi sama seperti HKR112? Kita fikirkan sendiri sajalah.

Dalam entry kali ini, saya mahu kongsikan gambar-gambar yang dirakam sepanjang perhimpunan itu. Harap maklumlah ya, photographer ni masih baru. Beginner sangat-sangat. So, ada ketikanya gambar jadi cerah, gambar lain pula jadi gelap. Ada yang kabur, ada yang gambar goyang. Tapi saya cuba sedaya upaya juga untuk mendapatkan sudut gambar yang menarik untuk dikongsikan bersama dan disimpan dalam sebahagian lipatan sejarah politik tanahair.

(1) http://www.todayonline.com/world/asia/100000-defy-police-warning-protest-against-poll-results
(2) http://www.malaysiakini.com/news/229568
(3) http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/thousands-pack-kelana-jaya-stadium-for-pakatan-rally
(4) https://en.wikipedia.org/wiki/MBPJ_Stadium

Mereka yang hadir ni banyak beri positif respons setiap kali nak ambil gambar mereka. Tak kira la bangsa apa pun, bila cakap nak snap photo satu, terus diorang bergaya. Memang sporting habis! Macam-macam baju ada, macam-macam gaya ada, macam-macam bendera ada, macam-macam poster dan banner ada dan yang penting sekali ada macam-macam gaya.






No comments:

Post a Comment