Total Pageviews

Sunday, July 7, 2013

Babies and Kids - 07/07/2013

Sabtu lepas, pakcik telah menjemput saya sekeluarga untuk jamuan makan. Jamuan makan sempena birthday cucu dia dan juga sempena meraikan kehadiran bulan Ramadhan. Ahli keluarga terdekat sekitar Lembah Klang telah menghadirkan diri ke majlis ini. Saya mendapat idea untuk merakamkan gambar kanak kanak kecil yang sememangnya akan memeriahkan majlis itu. Mereka inilah yang menjadi tumpuan utama dalam majlis kali ini. Dari umur semuda 8 bulan, hinggalah berumur 7 tahun ada di majlis itu. Kesemuanya adalah ahli keluarga saya samada jauh dan dekat.
 
Di majlis ini, dapat juga saya beberapa tips fotografi dari pakcik dan seorang sedara jauh. Dia memang mahir dan dalam kategori pro. Dia biasa dapat job untuk fotografi. Paling best ialah dia datang sendiri menegur dan memberi tips untuk hasilkan gambar yang menarik. Boleh rujuk gambar paling akhir dalam post ni. Itulah foto yang dia rakam dengan selamba dan tanpa banyak adjustment pada kamera. Memang smart.
 
Harap semua pembaca dapat enjoy gambar gambar ini. Ini adalah percubaan sebelum menawarkan diri untuk merakam gambar anak anak orag lain. Cabarannya memang tinggi. Sebab anak anak kecil ini tak duduk diam, suruh senyum dia tak senyum, suruh senyum dia menangis pulak. Kena la tunggu dia cool down balik dan dapatkan mood baru.
 
Secara keseluruhan, ia adalah amat bermakna bagi saya kerana dapat pengalaman mengambil foto anak anak kecil. Pengalaman ini akan membantu saya dalam meningkatkan lagi hasil gambar kepada yang lebih baik. Setiap gambar adalah hak milik saya dan plagiat adalah tidak dibenarkan. Sila hubungi saya jika ingin menggunakan gambar ini bagi sebarang tujuan.
 
 
























 
 
 
 


  





  


 
Foto dibawah inilah yang dihasilkan oleh photographer pro yang saya jumpa semalam. Simple, nice angle dan moment menarik.

 
 
 

No comments:

Post a Comment