Total Pageviews

Tuesday, May 7, 2013

#HKR112


Mahu kongsikan gambar yang diambil di #HKR112. Sudah lama nak post gambar gambar ni. Baru sekarang berpeluang. Minat pada photography sudah mula berputik. Menarik juga bila dapat zoom dan snap gambar. Apatah lagi bila public memberi respon positif setiap kali diminta memberikan gaya untuk bergambar.

Gambar gambar dibawah memberikan suatu kenangan bersejarah dalam siri kebangkitan rakyat di Malaysia. Ramai yang turun dengan harapan mahukan perubahan dalam hala tuju politik dan kepimpinan negara. Rakyat yang turun bersama datang dari berbilang kaum. Tua dan muda. Tinggi dan rendah. Mereka datang dengan penuh semangat. Ada yang datang dari Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu dan juga dari jauh selatan tanahair, Johor. Ada juga kelihatan bendera Sabah dan Sarawak dibawa bersama dalam perhimpunan ini. Tidak sempat bertanya samada mereka itu datang dari sana semata mat mahu menyertai #HKR112 atau memang berasal dari Sabah dan Sarawak dan menetap di Kuala Lumpur atau sekitar kawasan. Tak kisahlah dari mana mereka datang. Yang penting mereka merupakan rakyat Malaysia yang mahukan sesuatu yang baru untuk Malaysia.









































































































































No comments:

Post a Comment