Total Pageviews

Thursday, February 16, 2012

CCRIS sudah, sekarang CTOS pulak.



Sebelum ni dah cerita pasal CCRIS, now nak share pasal CTOS. CTOS ni ialah sebuah syarikat sendirian berhad. Nama penuhnya ialah CTOS Sdn Bhd. CTOS ni akan mendapatkan dan mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik diorang.

Maklumat maklumat bankrupsi tu biasanya mengandungi details towards individuals or companies dimana saman telah telah dikeluarkan, nombor pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), nombor kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah. Macam macam perkara ada.

Satu lagi feveret dengan cerita CTOS ni ialah masalah orang yang jadi guarantor a.k.a penjamin. Memang selalu jugak jadi kes kes yang sangkut camni. Tak kira la sebab apa pun, tapi selalu yang aku temui adalah sebab menjamin loan/financing kereta. Banyak gak kes tak bayar ni. Pastu masalah guarantor ni ialah hubungan keluarga. Camne nak buat kalau adik beradik, pakcik makcik, sepupu sedara yang mintak kita jadi guarantor? Susah nak tolak kan? Dilema sungguh jadinya.

Korang kena ingat gak yang CTOS ni juga ada rekod bagi kes kes tak bayar hutang seperti dengan Singer, kedai motor, linguaphone (betul ke ejaan ni) dan lain lain. Tak beberapa ingat kes kes apa lagi yang masuk dalam kolum Trade Reference ni.

Pastu, bagi business owner, detail ada jugak berkaitan dengan nama syarikat, bila ditubuhkan, jumalh share, % share, position and other basic details regarding the company. Kekadang tu bagi orang yang banyak company, bila print je CTOS tu, berjela jela kertas tu. Penah tengok seorang individu tu ada lebih dari 50 syarikat! Tak kisah la dia ahli kongsi lelap or not. Just bayangkan if setiap syarikat bayar dia elaun RM1000 sebulan? Tak ke jadi RM50000 sebulan income dia? Wow! Kayo jadinya..

Ok la. Cukup sini je. Simple je kisah CTOS ni. Kalau korang nak dapatkan laporan tu, bolehlah ke:

CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my

Kalau nak details lagi. Can contact me. If nak tanya pasal financing pun boleh. Personal ada, financing rumah pun ada. Bagi yang nak mempunyai masa depan yang cerah, start menabung dengan investment linked takaful product. Coverage pun dapat. Memang special coz ianya yang pertama seumpamanya. Dalam post lain, akan diceritakan pasal ni.




* Artikel di atas ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis sahaja. Ia tiada kaitan dengan mana mana institusi kewangan yang ada di Malaysia.

2 comments:

  1. Dulu katanya Credit Tip Off Service (CTOS) sudah tukar ka?

    ReplyDelete
  2. Ada buat browsing and dapat nama ni

    ReplyDelete