Total Pageviews
Saturday, October 17, 2009
Fountain or Kolam Mandi?
Thursday, October 8, 2009
Creative Marketing Channel - Panasonic Style
Sunday, October 4, 2009
Chelsea vs Liverpool
Petronas Hot Cars, Cool Cash!
Sehinggalah untuk kali ini, Petronas membuat pula Hot Cars, Cool Cash 2! Promosi ini datang lagi. Tapi kali ni aku dah macam tak beberapa meletak harapan. Bukannya aku merajuk tapi sebab dah try dua kali dulu, aku tak menang jugak, so aku macam biarkanlah. Jika ada rezeki, insyaallah tak ke mana. Tapi doa, tetap tak putus. Usaha tangga kejayaan. Kali ni kereta yang ditawarkan pun agak menarik dan terkini. Honda Civic, Mazda 3 dan Alfa Romeo 159. Menarik jugak bila tengok Mazda 3 warna putih tu. Macam senyum je bahagian grill depan tu. Tapi kali ni, Honda Civic warna hitam tu mula menggoda aku. Maklumlah, BMW dan Subaru Impreza takde kali ni. Honda Civic pun menarik jugak! Tengok kat poster tu, cam dijeling jeling je kereta tu kat aku. Cam kasi signal je.. Haha.. Aku dah mula berangan ni. Memang teringin sangat sangat dah ni. Tak dapat Honda, Mazda pun ok. Tak dapat Mazda, Alfa Romeo pun aku sudi. Asalkan Petronas petik nama aku, rezeki tak ke mana punya. Insyaallah..
Kali ni aku masuk pertandingan ni dengan penuh taktikal. Aku dah gunakan Kad Mesra sendiri punya. Maksud aku, aku register atas nama aku sendiri. Dulu, aku gunakan kad mesra wife aku. Lepas tu, aku selalu isi minyak kereta ni. Maklumlah, sekarang ni aku pandu Kelisa (SLK = Satu Liter Kelisa) dan memang tangki minyak tak besar sangat. Memang selalu aku isi minyak. Kerja pun jauh dari rumah. Tinggal di Bangi, kerja di Wangsa Maju. Memang laju la minyak aku jalan. Tiap kali aku isi minyak, mesti di petrol station yang berasingan. Lepas tu, aku akan lebih pastikan staf Petronas di kaunter tu akan gesek Kad Mesra aku elok elok coz kadang kadang tengok dia gesek cam nak tak nak je. Mana kita nak tau samada nama kita dah tersenarai atau tidak? Lepas tu, di kaunter tu tak pula tulis approved lepas Kad Mesra tu digesek.
Walau apapun aku tetap berdoa agar pintu rezeki aku lebih terbuka luas untuk kali ini. Mana tau ada rezeki. DIA sudah tentukan rezekinya untuk kita. Yang penting, kita berusaha. Dah pelbagai taktik aku guna. Kalau tak menang juga, tak tau taktik apa nak guna untuk next promotion.
Any tips?
Thursday, October 1, 2009
Perodua MPV Baru
So, sekarang dah ramai mula memperkatakan mengenainya. Maklumat yang diberi ialah, code D46T yang mana memang ia berasakan Toyota Sette. Pelbagai cerita mengatakan ia bakal berada di pasaran bulan Oktober la, bulan Oktober hanya untuk booking la, akan dikelluarkan pada penghujung tahun la dan macam macam lagi. Amacam?! Cun ke? Berminat?