Total Pageviews

Saturday, October 17, 2009

Fountain or Kolam Mandi?

Pernah pergi ke Jusco AEON AU2A di Taman Keramat? Mungkin nama Taman Keramat tu tak cukup catchy untuk dinamakan pada sesebuah shopping complex, so nama AU2A diambil. Setuju juga dengan penggunaan nama macam ni, lebih memudahkan orang ramai untuk mengingatnya.
Peluang untuk Jusco AU2A pada minggu lepas menimbulkan beberapa soalan yang mungkin tak penting tapi terhibu hati bila memikirkan tentangnya. Terdapat sebuah fountain atau air pancut di hadapan Jusco ini. Landskap yang cantik membuatkan orang ramai berkumpul sambil berehat disitu. Terdapat padang kecil yang dijaga rapi macam padang golf ditepi fountain itu. Maka makin ramailah orang yang berkumpul dan rehat disitu.
Tapi ramai juga anak anak kecik yang mandi di fountain itu. Persoalan utama, bolehkah mandi disitu? Jumlah kanak kanak yang mandi disitu juga bukannya sikit, tapi lebih kurang 6 orang atau lebih. Mereka datang bersilih ganti.





Pihak pengurusan membenarkan aktiviti ini? Mungkin ya. Tapi ia agak merbahaya. Kerana kanak kanak kecil itu ringan. 'Kekuatan' air pancut itu agak kuat untuk membentuk pelbagai bentuk 'seni air pancut' mengikut waktu yang ditetapkan. Pada pendapat penulis, ia mampu untuk mendatangkan kecederaan. Cuma mungkin tidak berlaku lagi.
Jika pihak pengurusan tidak membenarkannya, kenapa tiada pengawasan? Paling kurang pun pengawal yang sentiasa berada di situ untuk melarang daripada kanak kanak kecil ini mandi disitu. Jika tidak, letakkan papan tanda amaran tidak membenarkan aktiviti mandi disitu.
Peranan ibubapa pula macamana? Lebih hairan lagi apabila mereka menggalakkan lagi anak anak mereka untuk mandi disitu. Aduhai.. Kenapa boleh jadi begitu? Pada pendapat penulis, itu bukanlah tempat untuk bermandi. Pergilah ke tempat yang lebih selamat dan menghiburkan. Seisi keluarga boleh mandi.
Kalau disitu, si bapa pun tak boleh nak buka baju dan join anaknya mandi. Apa pula kata orang nanti?

No comments:

Post a Comment